Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia
tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang
dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi..
Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya
walaupun dia buat tak tau je)
Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.
selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti
lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar
dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana
kita bukannya cinta kepadanya)
Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak
tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa
seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada
kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan
kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada
seseorang itu…
No comments:
Post a Comment